㋛㋛ Doa Dan Tips Menangani Anak Yang Nakal Agar Berubah Jadi Baik ㋛㋛

 

  Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

 

  ✰ Baca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur

  ✰ Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

  ✰ Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

  ✰ Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

  ✰ Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

  ✰ Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

  ✰ Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani anak-anak belajar

  ✰ Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

  ✰ Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

  ✰ Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

  ✰ Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

 

  Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

 

  ☀ Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

  ☀ Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

  ☀ Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

  ☀ Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

  ☀ Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali

 

  In Sha Allah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik

No comments :

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...