Salam Maulidur Rasul

 

 Assalamualaikum .. sedar atau tidak , kita sekarang sudah berada dalam bulan Rabiulawal bagi tahun Islam .. Salam Maulidur Rasul 1435H kepada sahabat blogger , sahabat rapat , keluarga dan seluruh umat Islam didunia .. Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk meraikan Maulidur Rasul 1435H .. Marilah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW ..

 

 

 Sambutan Maulidur Rasul

 

  Rasulullah SAW pernah bersabda:

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كان هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ.

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob RA berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya setiap perbuatan (amal) bergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya.”

 

  Kelebihan Memuliakan Maulidur Rasul

  ✿ Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”

✿ Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Sesiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”

✿ Begitu juga As-Sirri As Saqati berkata: “Sesiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”

 

  Selamat Hari Menyambut Maulidur Rasul 1435H. "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

No comments :

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...