Pemeriksaan Bayi Baru Lahir

 

  Tahukah anda bagaimana rupa sebenar bayi baru lahir? Selepas dilahirkan keadaan bayi amat kecil dan seluruh badannya diselaputi oleh bahan berminyak putih yang dikenali sebagai verniks. Sistem badannya masih belum berfungsi dengan betul. Sebaik keluar daripada perut ibu, bayi akan diperiksa oleh pakar pediatrik. Ujian yang dilakukan dikenali sebagai Apgar.

  Menurut Pakar Pediatrik, ujian Apgar dilakukan di peringkat awal untuk mengetahui sama ada bayi memerlukan pemeriksaan lanjut atau tidak. Dalam ujian Apgar, doktor akan membuat skor semasa melakukan pemeriksaan. Skor paling tinggi adalah 10 untuk lima jenis pemeriksaan iaitu warna kulit, degupan jantung, kadar pernafasan, tone muscle dan tindak balas terhadap tiub.

  Ujian Apgar akan menentukan sama ada bayi memerlukan rawatan oksigen atau bantuan pernafasan pada masa itu. Jika skor Apgar kurang daripada 5, mungkin bayi perlu diberi oksigen, bantuan pernafasan atau CPR. Jika skor lebih daripada 5, doktor hanya akan mengesat dan membersihkan bayi.

  Bila skor rendah ia tidak semestinya menunjukkan bayi sakit. Ini kerana ada sesetengah ibu yang telah diberi ubat pelali beberapa jam sebelum bersalin. Jadi bayi akan sedikit sebayak terpengaruh daripada kesan ubat tersebut. Doktor akan memberi ubat pada bayi, dan selepas itu dia akan menangis menandakan keadaannya tiada masalah.

  Bayi yang lahir pra-matang akan dijangkakan mendapat skor Apgar yang tidak tinggi. Ujian Apgar hanya memberi panduan sama ada perlukan tindakan ketika itu atau tidak tetapi tidak semestinya bayi itu tidak sihat dan akan menghadapi masalah kesihatan. Tetapi jika skor terlalu rendah, doktor boleh agak sama ada bayi boleh terus hidup atau tidak.

 

 

 Kredit : Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil

No comments :

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...