Promosi Julai 2014

Sempena bulai Julai ini, Shaklee telah menyistiharkan bahawa bulan ini adalah bulan untuk Vivix™ Shaklee..

  Yeay sungguh teruja, sebab umum mengetahui yang Vivix™ Shaklee ini sangat bagus kerana ia adalah satu PENEMUAN REVOLUSIONARI dalam anti-penuaan pada tahap sellular.

 

Setahun yang lalu, Shaklee memperkenalkan Vivix™, produk supplemen revolusionari anti-penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap selular. Lebih 1 juta botol Vivix™ telah pun terjual. Vivix™ merupakan supplemen anti-penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, syarikat no 1 supplemen makanan di AMERIKA.

  Didalam kajian makmal, ramuan Vivix™ telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular.

  4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular

  1. Kerosakan DNA

  Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu "typo"(kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix™ melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

  2. Pengawalan Genetik

  Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Didalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix™ mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

  3. Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel.

  Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix™ menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.

  4. Penimbunan Protin AGE

  Penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products)boleh menyebabkan kerosakan tahap selullar yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix™ adalah 10X lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukkan protin AGE..

 

 

Vivix™ Juga Menolong Membantu Menjaga/ Memelihara: Kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan imun sistem, kesihatan sendi, perlindungan anti-oksidan, peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kesejahteraan.

  @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

 

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

 

Call / SMS / Whatsapp : 012-6904063

Email : shamiza1983@gmail.com

Add FB saya : Norhamizah Zulkafli untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik LIKE di Fanpage saya : MY LITTLE LISA untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO percuma

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya...

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Kekal Bertenaga Dengan Suplemen Shaklee

Assalamualaikum...

Harini sudah masuk hari ketiga kita berpuasa di bulan Ramadhan ini. Terus terang dikatakan, kesihatan saya dan keluarga agak terganggu akhir-akhir ni. Sekejap sekejap demam, selesema dan batuk. Baru 3-4 hari baik, datang balik.. Yelah mana nak tahan dengan cuaca panas dan sedikit berjerebu semenjak dua menjak ni.

  Nak dijadikan cerita, sejak 2 bulan yang lalu saya boleh dikatakan sedikit sibuk kerana baru berjinak-jinak bekerja dalam bidang baru yang boleh dikatakan mengambil sebahagian dari masa yang ada dan akhirnya saya terpaksa menangguhkan untuk menaip entry baru setiap kali ada kelapangan masa. Akhirnya blog saya ni jadi bersawang sedikit, heheheeeh... Tp pembaca semua jangan risau, saya telah pun meninggalkan kerja di call centre itu ( hehe, bocor rahsia ) dan kembali serius untuk bershaklee bersama-sama anda semua.. Saya harap pembaca semua taklah bosan sangat baca coretan saya ni..

  Oklah entry saya kali ini adalah tentang kekal bertenaga dengan suplemen Shaklee.. Ha, camne tu? Mestilah dengan pengambilan Set Mighty 3 Gems ini..

Set Mighty 3 Gems ini terbahagi daripada 3 produk asas untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu Energizing Soy Protein atau ESP ( perisa Vanilla ), Mealshakes ( perisa French Vanilla) dan Performance Drink atau PD ( perisa oren). Ketiga-tiga produk ini berperanan membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus bertenaga dan cerdas. Set ini sanngat-sangat sesuai digunakan semasa dalam bulan Ramadhan ini... Jom kita tengok kebaikan suplemen-suplemen ini :

  ESP : Memberi kita rasa kenyang untuk jangka masa yang lama dan beri kita tenaga yang sustain ; bukannya memberi kita tenaga apabila minum tetapi memberi kita tenaga yang berterusan apabila mengamalkannya.

  Mealshakes : Terdiri daripada protein dan juga lengkap dengan sumber vitamin dan mineral. Rasa apa tu? Tentulah perisa vanilla, memang sedap dan tak muak.

  PD : Sejenis minuman yang mengurangkan kehilangan bendalir (air) dari tubuh kita, yang sememangnya berlaku apabila kita berpuasa. Badan kita akan kekeringan air (di dalam) kesan daripada metabolisma badan dan kerja-kerja seharian yang dilakukan. Jadi, PD mampu menyokong tahap hidrasi dan menjaga kandungan air dalam tubuh kita.

  Sesuai untuk mereka yang tidak sempat bersarapan, dan minuman untuk bersahur dan berbuka puasa. Kalau tak sempat sahur pun ( kes terbangun tinggal 5 minit nak imsak /15 minit nak Subuh), Set mighty 3 Gems ini insya-Allah memadai untuk anda menjalani kehidupan Ramadhan seperti biasa.

  Dan berbuka puasa dengan Mighty 3 Gems memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah selanjutnya iaitu solat Maghrib, Isyak serta terawikh dan ibadah2 lain seperti bertadarus.

  Bagi ibu menyusu pula, ia membantu kita berpuasa sambil menyusukan anak. Dan juga set ini sesuai untuk semua peringkat umur. Pendek kata boleh digunakan seisi keluarga.

 

  Setiap pembelian disertakan dengan penghantaran secara PERCUMA ke seluruh MALAYSIA

  Untuk Info dan Cara nak Order boleh:

 

  Call / SMS / Whatsapp : 012-6904063

Email : shamiza1983@gmail.com

Add FB saya : Norhamizah Zulkafli untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik LIKE di Fanpage saya : MY LITTLE LISA untuk mendapatkan KONSULTASI dan INFO percuma

10 Fakta Tentang FIBROID Yang Anda Perlu Tahu

  1. Mengikut kajian, ketumbuhan fibroid dialami oleh 40% kaum wanita tetapi cuma 20% dari golongan ini yang betul betul memerlukan rawatan.

  2. Sekiranya ada ahli keluarga terdekat anda mengidap fibroid, risiko anda untuk mendapat fibroid adalah 3 kali ganda lebih tinggi.

  3. Tumbesaran fibroid bergantung sepenuhnya kepada hormon estrogen yang dirembeskan dengan banyak selepas puberti. Jadi ia tidak pernah tidak pernah dikesan pada kanak kanak dan saiz fibroid mengecut selepas menopos disebabkan kekurangan estrogen.

  4. Fibroid membesar semasa hamil disebabkan rembesan hormon estrogen yang tinggi yang dikeluarkan oleh uri. Walaubagaimanapun ia bukan alasan untuk pembedahan cesarean. Kebanyakan dari wanita berfibroid masih boleh bersalin secara normal.

  5. Gejala yang kerap dikaitkan dengan fibroid adalah aliran haid yang banyak dan sengugut.

  6. Anemia adalah salah satu komplikasi serius fibroid

  7. 80% wanita yang mengidap fibroid tidak mempunyai sebarang gejala. Diagnosa selalunya dibuat secara tidak sengaja.

  8. Keterukkan gejala fibroid tidak berkait secara langsung dengan saiz atau bilangan fibroid tetapi tempat pada rahim dimana ia tumbuh.

  9. Fibroid adalah di antara sebab utama Histerektomi iaitu pembedahan buang rahim.

  10. Diagnosa fibroid dengan senang boleh dibuat dengan mengunakan mesin ultrasound.

 

  Klik sini untuk suplemen Shaklee berkaitan masalah fibroid : Suplemen Shaklee Untuk Fibroid

Cincau Boleh Turunkan Darah Tinggi

Info dari seorang sahabat:)

  Cincau boleh turunkan darah tinggi. Camni ceritanya....

 

  "Maklumat terbaru yang aku perolehi setelah lama mencari penawar untuk mak mentua aku ni. Sebelum tu aku nak beritahu mak mentua aku setelah pulih dari kencing manis secara tiba-tiba darah tinggi dia meningkat kepada 206. Aku amik bacaan yang atas ajer ler. Terperanjat semua ahli keluarga yang lain. Pelbagai usaha dilakukan selain menggunakan perubatan moden. Apa yang kami tak guna dari daun hempedu ular, ke pucuk jantan betik dan satu daun lagi aku pun lupa. Semuanya gagal, memang turun tapi dalam anggaran 180.

  Pada suatu hari, adik ipar aku yang bekerja di UITM Melaka beritahu , profesor dia yang ada darah tinggi hanya makan cincau sahaja. Dah berbelas tahun makan malahan ubat hospital langsung tak disentuh!! Untuk mengesahkan cerita ini benar atau tidak. Aku beli cincau di Tesco. Nak cari cincau kat pasar mana ada masa..hehehehahe. Beli yang dah pasang siap punya ler.... Aku kasi kat mak aku dan mak mentua aku makan.

  Cara makan ialah setiap dua hari sekali mak aku makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari. Kalau nak lebih mudah, mak aku buat ialah blender semua cincau tu dan minum macam biasa. Kalau cincau kat Tesco senang nak sukat sebab dia jual dalam bentuk packing silinder kecil. So mak aku makan setiap hari satu. Takut juga nak makan tiap-tiap hari, cincau ni kan sejuk. Nanti krem lak kaki mak aku ..hehehehehe.

  Hasilnya darah tinggi mak mentua aku dari 180 yang tak turun-turun selama 2 bulan menurun kepada 156. Manakala mak aku dalam anggaran 150 telah menurun kepada 126!! Hilang darah tinggi!! Kat sebelah ialah ini bukti resit mak aku!!

  Cincau adalah satu bahan yang menurunkan darah tinggi anda!!!! Jika saudara mara anda mempunyai darah tinggi sila cuba petua ini. Syukur alhamdulilah akhirnya darah tinggi mak mentua dan mak aku menurun. Suka melihat senyuman mereka semula. Aku telah mencuba kepada 2 subjek iaitu mak dan mak mentua aku dan ternyata ia berjaya. Dan tolong sharekan maklumat kepada semua.!!! Aku memang berniat nak kongsikan maklumat ini.. Sekarang ini aku melihat penggunaan jangka panjang penggunaan cincau ini. Risau ler..benda sejuk ini.. Takut semput atau krem kaki orang tua aku lak..hehehehe. Selamat mencuba!! "

 

  P/S : Info ni saya share dari facebook je. Bagi yang nak mencuba tu amat dialu-alukan. Dan jangan lupa kongsikan kepada yang lain2..

Risiko Hamil Lewat Usia

Pada masa kini hamil di usia lewat atau sekitar 30 tahun bukan lagi satu senario asing, khususnya di kalangan wanita bekerjaya. Namun, dari sudut perubatan, pakar mengatakan hamil di usia lewat mempunyai risiko tersendiri.

  Usia telur/ovum yang dihasilkan oleh wanita adalah bersamaan dengan usia mereka. Justeru semakin lewat usia wanita hamil maka tahap kesuburannya menjadi semakin rendah dan turut meningkatkan risiko seperti masalah kecacatan anak yang dikandung. Perlu diketahui bahawa tahap kesuburan bagi wanita yang berusia lewat 30-an menjadi semakin perlahan dan mungkin menyukarkan mereka hamil cepat.

 

  〄 Kesan usia ke atas kehamilan

  Kajian pakar perubatan mengatakan majoriti ibu yang berusia berkemungkinan mendapat penyakit diabetes, darah tinggi atau lain-lain penyakit kronik yang boleh menjejaskan kehamilan dan proses kelahiran. Penyelidikan yang dijalankan tentang kesan umur ke atas kelahiran bayi termasuk peningkatan dalam kekerapan komplikasi kehamilan seperti diabetes akibat kehamilan, plasenta rendah dan kelahiran pramatang.

 

  〄 Kesan usia ke atas bayi yang dikandung

  Umum sedia maklum tentang risiko yang bakal dihadapi oleh wanita hamil di usia lewat. Mereka mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi yang mempunyai kecacatan seperti sindrom Down, sindrom Edward atau sindrom Patau. Biasanya doktor akan menyarankan bakal ibu membuat ujian amniosentesis bagi memberikan diagnosis yang tepat mengenai kandungannya. Ia sekurang-kurangnya dapat membantu bakal ibu membuat persiapan untuk sebarang keperluan khas bayinya. Tetapi ujian ini bukan satu paksaan dan jika wanita tidak berminat ia tidak perlu menjalaninya. Selain daripada itu, risiko lain yang lebih kecil boleh berlaku ke atas bakal ibu terutama yang berusia 40 tahun ke atas iaitu kematian bayi dalam uterus di peringkat akhir kehamilan. Justeru itu, para doktor biasanya meningkatkan pemantauan ke atas bakal ibu terutama di akhir trimester kehamilan.

 

  〄 Kesan usia ke atas proses bersalin

  Proses pelahiran bayi merupakan satu proses yang panjang dan melelahkan. Segala kudrat dan tenaga dikerahkan oleh si ibu demi melahirkan bayi. Oleh itu faktor usia turut memainkan peranan dalam menjayakan proses kelahiran bayi. Jika anda berusia lebih daripada 35 tahun, maka anda lebih cenderung untuk melalui proses melahirkan bayi secara cetusan (induce), suntikan epidural atau kelahiran forsep. Hampir kesemua kajian turut bersetuju kadar kelahiran secara pembedahan caesarean turut meningat mengikut usia ibu. Bagaimanapun, peningkatan ini nampaknya tidak berkaitan dengan mana-mana masalah spesifik. Sesetengah kajian mendapati bahawa kecemasan fetus lebih kerap didiagnosis bagi ibu yang lebih tua, yang juga menerangkan mengapa kadar caesarean lebih tinggi. Terdapat juga bukti mengatakan ibu yang berusia lebih cenderung melalui peringkat kedua bersalin yang lebih panjang kerana otot-otot uterus tidak berfungsi dengan begitu baik apabila wanita meningkat usia. Selain daripada itu faktor psikologi turut menyumbang kepada proses kelahiran. Kebimbangan akan terjadi banyak komplikasi juga akan mendatangkan komplikasi. Jika bakal ibu dan doktor asyik memikirkan perkara tidak baik akan berlaku, ibu akan berasa tertekan. Stres akan mengganggu imbangan sensitif hormon dan kimia semula jadi dalam badan anda.

 

  〄 Kelebihan ibu usia lewat

  Bagaimanapun, ibu usia lewat mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan psikologi lebih daripada wanita yang lebih muda. Mereka selalunya mengikut gaya hidup yang lebih sihat, berpendidikan lebih tinggi dan kedudukan kewangan yang lebih baik. Wanita berusia selalunya lebih matang dalam menangani simptom-simptom kehamilan, berdikari dan yakin dengan apa yang mereka mahu serta bersedia dari segi mental untuk bergelar ibu.

Apa Itu Rx Crystal ?

 Ramai nak tahu apakah kebaikan rx crystal yang di pasarkan oleh Rx International dan merupakan formula daripada Dato Dr Nordin Darus. Di sini adalah penerangan dan soal jawab rx crystal dari fb page Dato Dr Nordin Darus sendiri. Jom baca jap...

 

  1. Apa itu RxCrystal?

  Formula hablur 100% natural yang boleh bantu lebih daripada 50 jenis penyakit. Di antara penyakit yang telah mendapat maklum balas positif termasuk darah tinggi (saya sendiri merasai perbezaan ketara – tidak perlu ubat darah tinggi), kencing manis dan arthritis. Begitu juga dengan pesakit kanser – peparu, serviks dan payudara – ada yang telah melalui rawatan menggunakan RxCrystal. Senarai masalah kesihatan yang boleh dibantu RxCrystal semakin bertambah dari hari ke hari. Alhamdulillah.

 

  2. Bagaimana RxCrystal ini berfungsi?

  RxCrystal bertindak ke atas stem cell. Stem cell adalah ibu sel di dalam tulang sum sum. Stem cell mengeluarkan sel setiap hari dalam kuantiti yang banyak bagi menggantikan sel-sel yang sudah mati dalam tubuh badan. Proses pengeluaran sel ini banyak bergantung kepada maklumat yang sampai ke stem cell. Sekiranya berlaku pencemaran “signal” – pemakanan tak betul, udara tercemar, bahan-bahan toksik dalam harian, atau faktor genetik sendiri – maka stem cell juga akan mengeluarkan sel-sel yang “tercemar”. Sel tercemar ini yang akan menyebabkan masalah kesihatan atau membuatkan badan tidak mampu melawan penyakit. Fungsi utama RxCrystal adalah untuk memberikan “signal” semulajadi yg tidak tercemar kembali kepada stem cell – sejurusnya melahirkan sel-sel baru yang sihat.

 

  3. Okay. Boleh tak beri gambaran prosesnya?

  Bayangkan tulang sum-sum kita adalah mesin fotostat. Ia akan mengeluarkan salinan sel-sel berdasarkan “master copy” yang difotostat. Pada permulaan kehidupan, “master copy” ini bersih dan tidak tercemar. Tetapi lama-kelamaan (atau kerana faktor genetik), “master copy” ini boleh menjadi rosak, kotor. Jadi salinan dari “master copy” ini juga akan jadi rosak. RxCrystal, apabila diambil, akan mengambil tempat “master copy” dan membetulkan semula proses pengeluarannya.

 

  4. Bagaimana pula RxCrystal melakukan sedemikian?

  Konsep ini diberikan nama Alamtologi yang dikaji oleh pakar sains dari Malaysia sendiri. Pendek kata, melalui siasatan ke atas aspek sains dalam Islam, sejarah purba (contoh: piramid), alam semulajadi (contoh: semut), dan ilmu matematik, Alamtologi telah menemui satu formula yang merupakan hukum asas pengiraan alam. Formula inilah yang digunakan untuk memberikan ukuran asas bagi membetulkan sel dalam badan. Apabila pesakit mengambil RxCrystal, aspek fizikalnya (garam,gula & air) hanyalah sebagai pembawa maklumat. Maklumat inilah yang akan diterima stem cell dan digunakannya.

 

  5. Hanya garam, gula dan air?

  Ya, kandungan fizikal RxCrystal adalah garam, gula dan air suling. Tetapi bayangkan bagaimana maklumat di Internet bertukar. Semua aspek digital tidak boleh dinampak mata kasar – dan wayar kecil yang menghubungkan kita itu hanyalah aspek fizikal yang sebenarnya pembawa sahaja – adakah nilai maklumat yang disampaikan itu sama nilainya dengan nilai wayar? Sudah tentu tidak. Begitu juga dengan garam, gula & air di RxCrystal. Ia adalah pembawa.

 

  6. Okay Dr. Bagaimana cara pemakanan?

  Ambil 1 sachet (0.1g) hablur 2x sehari – sebelum tidur dan selepas bangun. Letakkan di bawah lidah dan biarkannya larut sendiri.

  7. Ada kesan sampingan?

  Bergantung kepada keadaan stem cell masing-masing. Contoh: Bagi mereka yang ada masalah sendi tetapi dihilangkan melalui mengambil ubat setiap hari atau melalui corrective surgery, waktu permulaan ambil, sendi mungkin “tertangkap” atau rasa sakit datang semula. Contoh-contoh lain yang berlaku bagi mereka yang ada penyakit (sama ada sedar atau tersembunyi) kronik adalah masalah ruam, badan panas, mengantuk teruk, demam, selsema. Tetapi reaksi sebegini bukan perkara biasa dan mungkin berlaku dalam 2-3 daripada 10 pengambil RxCrystal.

 

  8. Wah, bunyi macam teruk.

  Ya, itulah dinamakan “healing crisis”. Dalam semua perubatan semulajadi, terutama seperti RxCrystal yang mensasarkan ke asas stem cell, badan akan memberi tindak balas di waktu permulaan. Kalau ambil ubat, jarang nak nampak healing crisis kerana fungsi ubat moden adalah merawat simptom. Contoh: Anda demam, ambil panadol, kurang demam. Panadol melawan masalah demam, tetapi kenapa anda demam? Persoalan ini diluar skop perubatan Panadol. RxCrystal pula merawat peta sel anda di stem cell. Masalah di bahagian selular apabila dibetulkan, pasti memberi reaksi ke atas sel-sel sedia ada yang dah biasa dengan keadaan “berpenyakit”. Reaksi sel semulajadi adalah untuk melawan elemen baru – itulah munculnya healing crisis.

 

  9. Berapa lama crisis, kalau berlaku?

  Dinasihatkan meneruskan program rawatan RxCrystal selama minima 15 hari. Menjelang hari ke-10, kebanyakan healing crisis dah hilang – maka proses pemulihan selular berlaku pula.

 

  10. Okay, akhir sekali, bagaimana untuk membeli RxCrystal?

  Anda boleh mendapatkannya dengan menghubungi Ridzuan di 016-568 9832 / 012-556 8935 / 018-578 6562

Promosi April 2014

Jika masuk bulan baru, mesti tak sah kalau takde entry pasal promosi bulanan. Bulan April ni pun tidak terkecuali. Bagi yang belum tahu atau masih samar-samar tentang promosi Shaklee untuk bulan ini, ha jangan risau dah. Kerana bulan April adalah bulan OsteMatrix™ Shaklee.

  Bagi yang tak tahu apa itu OsteMatrix™, mari saya terangkan dulu apa itu OsteMatrix™ ini. OsteMatrix™ Shaklee ini adalah vitamin yang mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang telah diuji secara klinikal dan ianya sangat mudah di telan.

  ✿ Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

  ✿ Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

  ✿ Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

 

  Siapa Yang Perlu Ambil OsteMatrix™ Shaklee Ini?

  ❁ Individu yang mengalami sakit pinggang, sakit lutut dan sendi

  ❁ Individu yang sering mengalami kebas kaki/ tangan terutamanya pada waktu malam

  ❁ Ibu-ibu mengandung terutamanya yang sering mengalami kebas kaki

  ❁ Ibu-ibu menyusu yang sememangnya memerlukan jumlah kalsium yang tinggi

  ❁ Individu yang sering keletihan dan sering out-station, di mana kalsium membantu mengurangkan keletihan

 

  Oklah bagi anda yang ingin mendapatkan OsteMatrix™ Shaklee yang terbaik ini boleh menghubungi saya seperti dibawah. Harga bagi 1 botol adalah RM61 sahaja. Dan jika anda BELI 6, anda akan mendapat 1 botol secara PERCUMA! Sangat jimat! Dan jika anda nak jimat lagi, boleh daftar sebagai ahli untuk mendapatkan harga yang lagi-lagi meletup. Jangan tunggu lagi, mulakan langkah anda sekarang juga!

 

  Untuk Info dan Order:

 

  Call / SMS / Whatsapp : 012-6904063

Email : shamiza1983@gmail.com

Add FB saya : Norhamizah Zulkafli untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik LIKE di Fanpage saya : MY LITTLE LISA untuk mendapatkan KONSULTASI dan INFO percuma


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...