Kenali Shaklee

Keistimewaan Shaklee

 

  Falsafah Produk Shaklee

  Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

  Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

  Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

 

  Di Shaklee kami percaya alam semulajadi merupakan jawapan untuk hidup yang lebih sihat dan jawapan untuk hidup yang lebih sihat dan jangka hayat lebih panjang. justeru, kami gigih berusaha untuk memberikan produk terbaik bagi meningkatkan taraf hidup anda. Bahkan, anda juga perlu tahu yang kami amat teliti dalam menjamin kualiti dan mutu keberkesanan bagi setiap produk.

 

Sentiasa Selamat

Keselamatan amat penting di Shaklee dan standard kami tiada bandingannya. Kami menjalankan lebih daripada 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya, dan kami menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar.

Sentiasa Berkesan

Kami bertanggungjawap dalam memberikan produk yang berkesan. Ia terbukti berkesan daripada pemilihan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen sehinggalah bukti kajian sains dan makmal yang terdapat lebih daripada 100 bahan kajian penerbitan. Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil supplemen Shaklee selama lebih daripada 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil supplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil supplemen langsung.

Bukan itu sahaja, malah bukti jelas yang lebih besar boleh dilihat daripada penjelajah bertaraf dunia, atlet yang telah diberi dengan suplemen Shaklee yang telah memenangi lebih daripada 100 medal emas, perak, dan gangsa; dan juga berjuta-juta insan sama seperti anda yang telah hidup lebih sihat dan lebih produktif dengan kehadiran Shaklee.

Sentiada Mesra Alam

Selama lebih daripada 55 tahun kami telah menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar, daripada mencipta satu daripada pencuci biorosot pertama dalam tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau kami. Kami bertanggungjawap dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, rumah anda juga bumi anda.

 

"Memandangkan manusia adalah sebahagian daripada isi alam, sudah tentulah kewujudan kita juga amat bergantung kepada produk berasaskan alam semulajadi"

-Dr. Shaklee

No comments :

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...