“Rumah Adalah Sekolah Terbaik” - Suraya

Pernahkah anda terfikir untuk bekerja sambil mengajar anak-anak di rumah? Idea tersebut semakin mendapat sambutan di kalangan ibu bapa moden masa kini. Kisah mama yang dipaparkan ini adalah untuk berkongsi pengalaman bagaimana beliau merealisasikan impian tersebut.

  Mungkin bagi peminat lampin kain Lunatots, nama Siti Nur Suraya Mohamed Ali atau Sue cukup dikenali. Ibu kepada tiga cahaya mata, Ammar Zikry, 5, Ammar Dzakwan, 3 dan Alya Zalikha, setahun ini merupakan pejuang keibubapaan secara alami

 

  Idea homeschooling menjadi antara misinya sebagai ibu sejak anak pertama lahir lima tahun lepas apatah lagi apabila dia terlibat dalam bidang Attachment Parenting di mana penyusuan, lampin kain, tidur bersama, penggendong bayi dan homeschooling antara cabangnya. Selepas memiliki tiga orang anak, dia semakin bersemangat meneruskan cita-citanya untuk menjadi home educator kepada anak-anaknya.

  Suraya percaya setiap ibu bapa mahu menjadi orang pertama menyaksikan perkembangan anak mereka. Siapa yang tidak mahu berbangga melihat si comel sudah boleh berpusing, meniarap, merangkak dan seterusnya berjalan. Bahkan selepas itu anak menuturkan ayat pertamanya pula. Namun demikian, kebanyakan ibu bapa menyerahkan tugas untuk mengajar tentang warna lampu isyarat mahu pun jumlah negeri dalam Malaysia kepada guru-guru di peringkat prasekolah.

  Apakah ‘Homeschool’?

  Menurut Suraya, ‘homeschool’ adalah pendidikan anak-anak bermula di rumah. Kebanyakan ibu bapa tidak menghantar anak ke prasekolah dan seterusnya ke sekolah. Pendidikan diberikan secara rasmi atau tidak rasmi di rumah. “Ia sesuai untuk ibu bapa yang berkerja sendiri ataupun berkerja shif di mana dalam satu masa salah seorang berada bersama dengan anak-anak. Dalam beberapa keadaan, ada juga ibu yang homeschool dengan anak-anak selama empat hari seminggu di mana tiga hari seterusnya dia berkerja,” terangnya mengenai konsep homeschool.

  Namun bagi ibu bapa yang bekerja sepenuh masa, mereka boleh melakukan homeschool dengan anak-anak semasa cuti hujung minggu. Persoalan mengapa dan bagaimana hendak memulakan pendidikan ini menjadi titik utama sebelum bermula. Menurutnya lagi ibu bapa yang berminat dengan konsep homeschool, perlu mencari ‘mengapa’ mereka mahu melakukannya sebelum ‘bagaimana’ mereka akan melakukannya.

  “Mengapa saya mahu melakukan homeschool ialah kerana saya percaya kepada kapasiti kami dan saya sukakan kanak-kanak. Bagi saya, dunia mereka berwarna-warni dan kita menjadikannya ‘satu warna’ bila kita berfikir dengan ‘satu cara’ iaitu pelajaran hanya boleh didapati di sekolah. Sebenarnya setiap yang ada di sekeliling kita adalah pelajaran, seperti menghormati orang tua dengan cara bersalam dan sebagainya. Saya tidak melihat diri saya berbeza dengan ibu bapa lain cuma terdapat pertambahan tugas iaitu kami suami isteri perlu melihat kepada kecenderungan anak-anak dan menggalakkan mereka melakukan apa yang mereka suka.”

 

  Tiada Had Jadual

  Tambah Suraya lagi, istimewanya ‘homeschooling’ iaitu bila jadual waktu tidak terhad dan tiada kurikulum khusus untuk anak yang berbeza umur. “Contohnya apabila minggu tersebut anak-anak mahu belajar tentang bentuk, adik yang berumur tiga tahun belajar bentuk bulat sementara abang yang berumur lima tahun belajar bentuk heksagon. Tetapi jika abang rasa tidak suka bentuk heksagon, dia boleh membantu adiknya belajar bentuk bulat dengan cara menunjukkan kepada adik barang-barang dalam rumah yang berbentuk bulat. Menarik bukan!,” ujarnya.

  Ibu yang menjadikan keseimbangan dalam hidup sebagai matlamat dirinya, bersyukur kerana perniagaan yang diusahakan hampir lima tahun telah mempunyai sistem yang membolehkan dia tidak perlu sentiasa berada di pejabat. Biasanya pada waktu pagi, selepas sarapan dia akan mengajak anak-anak membuat kertas aktiviti biarpun hanya kertas kosong dengan sebarang lakaran yang terlintas. Selepas beberapa ketika, Suraya boleh melakukan kerja di depan tablet sambil memerhatikan anak-anak bermain ataupun menonton televisyen.

  Sesi kedua pembelajaran anak-anaknya berlangsung sekali lagi pada waktu petang dengan aktiviti yang berlainan selepas ibu sendiri sudah ‘letih’ membuat kerja. “Jujurnya, aktiviti dengan anak-anak adalah ‘waktu rehat’ saya. Ia membuatkan saya bertenaga semula!”

 

  Mommy Sebagai Teacher

  Lumrah kanak-kanak biasanya lebih mendengar cakap guru berbanding ibu bapa. Namun bagi Suraya, dia percaya komunikasi yang berkesan adalah sangat penting. Komunikasi boleh berlaku dalam bentuk suara, sentuhan, pelukan dan bahasa tubuh. Beritahu anak-anak bahawa anda adalah ibu dan juga guru.

  “Tanggungjawab anda untuk mengajar anak-anak dan tanggungjawab mereka untuk mematuhi dan berbincang dengan anda sekiranya mereka berasa tidak selesa atau mempunyai cadangan lain. Mereka pasti mengagumi anda sebagai guru dan mommy di rumah selepas mereka faham tugas masing-masing dan itu adalah yang saya lakukan,” tuturnya menerangkan.

  Jangan risau tentang bagaimana hendak merekodkan pencapaian anak sebagai murid sekolah kerana Suraya memberitahu dia mempunyai jadual mingguan dan bulanan seperti apa yang mahu dicapai (tanpa tarikh akhir) untuk anak anak.

  “Saya juga mempunyai sebuah fail iaitu ‘Proof Book’ untuk menyimpan hasil kerja mereka dalam bentuk material kertas. Sekiranya ia bukan dalam bentuk kertas, saya ambil gambar hasil kerja mereka dan cetakkan dan simpan di dalam fail mereka. Sumber rujukan saya adalah segala-gala yang ada di sekeliling kita seperti daun, sampah, ulat dan perkara sekecil ‘kenapa roti berwarna putih’. Selain itu saya turut merujuk kepada laman web yang membincangkan tentang aktiviti ‘homeschool’ bersama anak prasekolah. Sebenarnya saya lebih banyak belajar mengenai kehidupan selepas bergelar ibu.”

 

  Impian Dan Cita-cita

  Setiap apa yang dilakukan pasti mempunyai sasarannya. Begitu juga bagi Suraya yang telah mengimplementasikan homeschool dengan anak-anaknya di rumah. Dia dan suami bercadang untuk meneruskan ‘homeschool’ anak- anak sehingga mereka besar. Hala tuju anak-anak ditentukan sepanjang perjalanan mendidik mereka mengikut kelebihan dan minat anak-anak. Bagaimanapun anak-anak akan turut menghadiri kelas lain seperti kelas bahasa dan playgroup yang dianjurkan oleh kumpulan Homeschoolers yang lain-lain.

  Besar harapannya untuk melihat komuniti Homeschoolers di Malaysia bertambah ramai. Ibu bapa adalah pendidik yang paling baik untuk anak-anak dan tugas ini tidak sewajarnya diserahkan kepada guru di sekolah semata-mata. “Walaupun anak-anak kita bersekolah pada waktu pagi, ibu bapa masih boleh melakukan ‘homeschool’ dengan anak-anak pada waktu petang, malam dan hujung minggu terutama pada waktu cuti sekolah. Cita cita saya ialah ibu yang ‘homeschooling’ dapat berkongsi kepakaran suatu hari nanti. Contohnya saya mengajar anak saya dan anak homeschooling yang lain tentang urus niaga perniagaan manakala mungkin ada ibu yang kreatif boleh mengajar anak saya dan anaknya tentang ilmu seni dan tarian. Pertukaran ilmu seperti ini pastinya menyeronokkan untuk ibu bapa dan anak anak,” akhiri Suraya mengenai hasrat dan sasarannya tentang homeschool.

Mitos Vs Realiti

Tentu papa dan mama biasa diingatkan oleh orang tua-tua tentang pantang larang yang boleh dan tidak boleh dilakukan sejak mengandung hinggalah mempunyai anak.

  Kadang kala pening kepala juga dibuatnya sama ada mahu mengikut atau sebaliknya tentang pantang larang tersebut terutama dalam bab membesarkan bayi.

  Cuba kita lihat beberapa pantang larang yang biasa diberitahu oleh orang tua-tua tentang penjagaan bayi dan kanak-kanak dan buat perbandingan daripada sudut pandangan pakar perubatan.

 

  1. Bayi baru lahir perlu dipakaikan barut agar tidak kembung atau rangka dada tidak terlalu menonjol khususnya bayi perempuan

  Penjelasan: Dinding perut bayi masih lagi lemah ketika usia ini. Oleh yang demikian, pastikan barut dipakai pada bahagian perut sahaja dan bukan terus ke dada kerana khuatir perkembangan organ dalaman anak tidak sukar untuk berkembang dengan cepat. Jangan diikat terlalu ketat kerana dikhuatiri bayi tidak selesa. Pemakaian barut boleh membantu mengelakkan tali pusat tidak luka akibat geseran. Barut dapat membantu memanaskan tubuh bayi.

 

  2. Setelah tali pusat tercabut, pusat bayi harus ditindih dengan kepingan syiling atau logam agar pusat tidak menonjol keluar

  Penjelasan: Sebenarnya, kaedah ini tidak perlu dilakukan lebih-lebih lagi jika pusat bayi memang tidak menonjol. Namun, anda boleh mengikut panduan ini jika pusat bayi menonjol asalkan logam terbabit bersih dan disteril.

 

  3. Bayi baru lahir harus dibedung agar kakinya tidak bengkok atau bersilang

  Penjelasan: Sebenarnya, membedung adalah untuk memberikan keselesaan kepada bayi ketika tidur. Sehingga anak berusia enam bulan, anak sering mengalami kejutan refleks. Jadi, jika dibedung, ketika berlaku kejutan refleks ini, bayi akan kurang merasa terkejut. Namun perlu diingat, bedung biasanya membuat peredaran darah anak terganggu. Ini membuatkan jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah. Akibatnya, anak akan kerap sakit terutama di bahagian dada khususnya di sekitar paru-paru atau rongga pernafasan.

 

  4. Tidak elok memandikan bayi selepas jam 3 petang

  Penjelasan: Ibu sebenarnya bebas menentukan masa untuk memandikan bayi. Biasanya, pada bulan-bulan pertama, anak boleh dimandikan antara jam 9.30 hingga 10.00 pagi. Bila usia bayi meningkat, anda boleh memandikan anak antara jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Manakala, pada waktu petangnya pula, bergantung pada suhu ketika itu. Paling penting jangan mandikan anak setelah diberi susu kerana selepas minum biasanya anak akan mengantuk dan mahu tidur.

 

  5. Tangan dan kaki bayi tidak perlu selalu ditutup dengan sarung kaki dan tangan

  Penjelasan: Sebenarnya tiada masalah jika tangan dan kaki anak disarungkan terutama ketika suhu dingin. Pemakaian sarung tangan juga perlu untuk mengelakkan berlaku calar akibat terkena kuku. Jika di luar rumah, sebaiknya bayi tidak perlu dipakaikan sarung tangan kerana pemakaian sarung tangan akan membatasi perkembangan deria rasanya.

 

  6. Kuku bayi tidak boleh dipotong sebelum usianya 40 hari

  Penjelasan: Larangan ini mungkin disebabkan khuatir akan melukan kulit jari tangan dan kaki anak. Saiz kuku yang kecil dan nipis memang menyukarkan anda memotong kuku si kecil. Namun, jika dilakukan secara berhati-hati dan menggunakan peralatan yang khusus, kemalangan mungkin dapat dielakkan. Jadi, sebenarnya memotong kuku bayi tidak perlu menunggu sehingga usianya 40 hari asalkan berhati-hati.

 

  7. Anak tidak boleh didukung dengan kaki dikangkangkan kerana khuatir akan terkangkang

  Penjelasan:Tidak benar sama sekali. Tidak menjadi hal jika anak didukung dengan cara ini asalkan kepala dan punggungnya diampu agar tidak jatuh ke belakang. Kaki anak kangkang mungkin disebabkan oleh genetik yang diterima daripada ibu atau ayah.

ESP Untuk Semua

  Assalamualaikum semua,

 Harini saya cuma nak share sikit info berkenaan ESP Shaklee ini. Disebabkan kita masih di bulan promosi ESP eloklah kalau kita tengok testimoni-testimoni pengguna produk ini yang tak kiralah samada untuk kecantikan, penyusuan, untuk kurus dan sebagainya. Pendek kata, ESP ni memang untuk semua golongan tak kiralah anda lelaki atau perempuan, dewasa ataupun kanak-kanak. Saya pun guna tau, khusus untuk kurus. Hehehehe...

 Ok jom layan testimoni dulu

 Testimoni 1

 

 Testimoni 2

 

 Testimoni 3

 

 

 Dah tengok kan testimoni.. OK ramai juga antara kawan-kawan dan juga customer yang bertanya kalau tak suka soya macam mana ye? Yela kan ESP tu berasaskan soya, bukan semua orang suka. Jawapan saya senang je, kalau anda tak suka soya anda boleh campurkan bancuhan ESP ni dengan buah-buahan atau pun Milo atau pun Horlicks.. Sangat sedap!! Nyum nyum...Banyak cara sebenarnya boleh anda lakukan bagi mempelbagaikan rasa minuman ni. Contoh ada kat bawah ni :

 Apa lgi, ni semua mesti cuba tau.. Gerenti tak menyesal.. Nanti jangan marah saya pula kalau anda ketagih dengan ESP.. Hehehehe.. Selamat Mencuba!!!

 

  @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

 

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

 

Call / SMS / Whatsapp : 012-6904063

Email : shamiza1983@gmail.com

Add FB saya : Norhamizah Zulkafli untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik LIKE di Fanpage saya : MY LITTLE LISA untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO percuma

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya...

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Kaedah Bantuan Kelahiran

Tidak semua wanita bertuah dapat melahirkan bayi secara normal dengan mudah. Ada yang perlu melalui pelbagai komplikasi yang menyakitkan demi melahirkan zuriat tersayang. Banyak kes yang memaksa ibu hamil melalui proses kelahiran dengan bantuan perubatan.

 

  Terdapat pelbagai kaedah bantuan yang digunakan oleh doktor pakar sakit puan dalam menangani komplikasi kelahiran. Antara yang popular dan kerap digunakan adalah seperti berikut:

 

  1. Episotomi

  Guntingan kecil (perineum) dilakukan pada kulit antara vagina dengan anus sekiranya berlaku komplikasi seperti bayi songsang, tidak cukup bulan, dalam bahaya atau bayi mempunyai saiz kepala yang besar. Biasanya proses ini dilakukan ke atas ibu yang melahirkan anak sulung.

 

  2. Bantuan Vakum atau Forsep

  Ada ibu berhadapan masalah di mana ibu sukar atau lambat mengeluarkan bayi dalam kandungan kerana ibu tidak dapat menolak bayi keluar akibat saiz kepalanya besar. Oleh itu, bantuan perlu diberi untuk mengeluarkan bayi segera agar tidak lemas. Mereka menggunakan forsep atau vakum (penyedutan). Sekiranya bayi berkedudukan songsang atau tidak cukup bulan, kaedah ini juga digunakan bagi mengelakkan kepala bayi tertekan ketika melalui saluran keluar.

 

  3. Induksi

  Kaedah ini digunakan sekiranya bayi dalam kandungan masih tidak menunjukkan tanda-tanda ingin keluar walaupun sudah lewat seminggu daripada tarikh jangkaan bersalin. Dalam masa yang sama, bayi sudah berada dalam keadaan bahaya dan uri mula gagal berfungsi.Sekiranya ibu mengalami masalah darah tinggi atau masalah lain yang boleh mendatangkan bahaya kepada ibu dan bayi, induksi juga akan dicadangkan.

 

  4. Pembedahan Caesarean

  Pemilihan kaedah ini biasanya dibuat awal atau sebab beberapa kesulitan yang mungkin berlaku jika kelahiran dibuat secara normal. Jadi, masa dan tarikh ditetapkan lebih awal. Bagaimanapun, ada juga yang dilakukan secara kecemasan dan spontan akibat beberapa komplikasi seperti bukaan serviks tidak mencapai tahap sepatutnya, bayi songsang, bayi tidak cukup bulan dan sebagainya.

Promosi Mac 2014

 

  Bersempena promosi bulan Mac 2014, dapatkan ESP - Energizing Soy Protein pada harga yang cukup istimewa

Beli 6 PERCUMA 1

Anda juga layak untuk mendapatkan keahlian secara PERCUMA

Anda nak beli 1 canister dengan harga istimewa?

Boleh hubungi saya untuk harga mampu milik & konsultasi PERCUMA

 

  Sedikit fakta penting berkenaan ESP - Energizing Soy Protein ini :

  1. Diiktiraf di seluruh negara

  Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee adalah salah satu produk Shaklee yang telah mendapat pengiktirafan di seluruh negara kerana telah menjalani ujian klinikal yang paling banyak. Ianya dibuat dari protein tumbuh-tumbuhan yang berkualiti tinggi. Satu-satunya kandungan di dalam ESP hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik). Kacang soya ini diproses dibawah suhu yang rendah. Info menarik, setiap 1 kg ESP adalah dari 30 kg kacang soya. ESP sangat terkenal sebagai ‘energy booster’ atau pemangkin tenaga, tenaga yang dihasilkan dapat bertahan berjam-jam lamanya.

 

  2. Kandungan Protein penting

  Kandungan protein di dalam kacang soya adalah 2 x ganda dari daging, 4 x lebih dari telur dan 12 x lebih dari susu. ESP juga lemak dan kolestrol yang rendah dan diserap dengan mudah oleh badan. Ianya juga adalah makanan berindex glisemik rendah yang menghasilkan tenaga berpanjangan dan rasa kenyang lebih lama.

 

  3. ESP Shaklee Sesuai untuk siapa?

  ❁ Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan cergas.

  ❁ Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberi rasa kenyang yang lebih lama.

  ❁ Ibu-ibu yang menyusu: Membantu membanyakkan dan mengekalkan supply susu disamping pengambilan air yang cukup dan proses pengepaman yang konsisten.

  ❁ Pesakit kencing manis: mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

  ❁ Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri.

  ❁ Juga sesuai untuk lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang risau tentang berat badan dan untuk sesiapa yang mementingkan kesihatan.

 

  4. Rasa ESP Shaklee

  ESP Shaklee berperisa Vanilla dan rasa mild soya. Sekiranya anda tidak menyukai rasa soya, anda boleh mempelbagaikan resepi ESP Shaklee. Jangan risau, saya akan ajar anda! Ada customer saya yang tak minum soya, tetapi suka minum ESP + Milo

 

  5. Siapa yang tak boleh ambil ESP Shaklee?

  Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein tidak digalakkan dan bayi bawah umur 1 tahun.

 

  6. ESP Shaklee untuk awet muda

  Asid amino yang ada dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50 000 jenis protein, 20 000 jenis enzim dan pelbagai lagi. Jadi, ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.

 

  7. Kelebihan ESP Shaklee

  ❁ Kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri

  ❁ Membantu hilangkan parut jerawat di muka.

  ❁ Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.

  ❁ Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.

  ❁ Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.

  ❁ Menyokong kesihatan imunisasi badan.

  ❁ Mengawal paras kolesterol.

  ❁ Menyokong kesihatan jantung dan prostat.

  ❁ Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak

  ❁ Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam.

  ❁ Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum.

  ❁ Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.

 

  8. ESP Shaklee tahan berapa lama ya?

  ESP Shaklee 850g, dan anda digalakkan mengambil ESP Shaklee 1 scoop sebanyak 3x sehari. Jika anda minum secara konsisten mungkin akan tahan sehingga 2 bulan.

 

  9. Berapa harga ESP?

  Harga ESP bagi Satu Malaysia ialah RM150.

  (Untuk pelanggan saya, BEST PRICE menanti anda, dan juga RESEPI ESP SHAKLEE)

 

  10. Penghantaran?

  Saya akan pos order anda menggunakan POSLAJU (1-3 hari penghantaran)

 

 

  @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

 

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

 

Call / SMS / Whatsapp : 012-6904063

Email : shamiza1983@gmail.com

Add FB saya : Norhamizah Zulkafli untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik LIKE di Fanpage saya : MY LITTLE LISA untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO percuma

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya...

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...