Petua : Segarkan Badan Semasa Pantang

Salam semua,

 

 

Lamanya tak update blog ni. Rasa macam dan bersawang pulak. Hehehehe... Oklah, kali ini saya nak share sikit tentang pengalaman semasa berpantang tak lama dulu( takde la lama sangat, dalam 7-8 bulan yang lepas je)

 

Biasanya ibu yang dalam tempoh berpantang mudah letih dan lesu. Macam tu jugalah saya. Nak menyesuaikan diri dengan kehidupan baru bergelar ibu memang melelahkan. Sekiranya sudah mempunyai anak lain, kelahiran bayi baru pasti memberikan tanggungjawab baru buat ibu. Lebih-lebih lagi jika anak yang lain masih kecil dan memerlukan penjagaan yang rapi.

 

Justeru petua orang lama ada memberikan kaedah mudah menyegarkan kembali tubuh badan yang letih dan lesu. Ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan, kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam.

 

 

Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin. In sha Allah badan ibu akan terasa segar dan bertenaga kembali untuk menjalankan tanggunjawab dengan cergas.

No comments :

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...