WAHM ( Bahagian 1 )

  Assalamu'alaikum,

  Ramai yang bertanya, apa itu WAHM, SAHM, SOHO?? Rupanya masih ramai yang masih belum biasa dengan istilah-istilah ini so meh sini saya bagitahu apa maknanya ye...

  WAHM : Working At Home Mother - ibu-ibu yang bekerja dari rumah sambil-sambil menjaga anak, selalunya mereka yang menguruskan perniagaan secara online atau mereka yang mengambil upah menjaga anak jiran, mereka yang berniaga kuih-muih atau apa sahaja pekerjaan yang dilakukan dari rumah.

  SAHM : Stay At Home Mother - ibu-ibu yang berada di rumah menjaga anak..Istilah lain adalah surirumah sepenuh masa yang hanya menumpukan sepenuh perhatian membesar & mendidik anak-anak mereka.

  SOHO : Small Office Home Office - Bagi ibu-ibu yang bekerja dari rumah, selalunya apabila bisnes sudah berkembang, mereka akan memerlukan satu ruang di rumah (tidak kiralah besar atau kecil) untuk menyimpan segala maklumat bisnes & juga stok yang semakin bertambah.

 

  Tidak kiralah anda tergolong dalam golongan yang mana, keputusan berhenti kerja atau tidak mahu bekerja dengan mana-mana institusi adalah tindakan paling berani yang pernah dilakukan di dalam hidup anda sebagai seorang ibu/isteri. Tapi jangan takut kerana, dalam dunia yang serba canggih ini, dengan adanya kemudahan internet, segalanya mungkin memudahkan para wanita bekerja dari rumah:)

  Tapi, harus diingatkan..bukan mudah untuk memulakan langkah dalam membina sebuah empayar perniagaan alam maya. Perniagaan ini ada pasang surutnya, tidak selalu akan mendapat permintaan so sebelum menjadi seorang WAHM, haruslah ada persediaan fizikal & mental yang kuat. Paling penting tulang belakang kita iaitu suami kita memberikan sepenuh sokongan & mampu untuk menampung perbelanjaan keluarga sepanjang kita tidak bekerja nanti.

  Selain itu, kita juga haruslah mempersiapkan diri dengan menimba lebih banyak ilmu & pengetahuan tentang cara-cara untuk menjadi wanita hebat yang bekerja dari rumah, pandai menguruskan masa & perlukan juga buku-buku motivasi sebagai pembakar semangat untuk terus nekad bekerja mencari rezeki dari rumah. Anda juga mungkin perlukan seorang mentor untuk dijadikan rujukan. Manalah tahu, sekurang-kurangnya ada seseorang untuk dijadikan panduan dalam mengejar cita-cita kita untuk menjadi WAHM yang berjaya. Insya Allah...

No comments :

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...