☺ Cara Mudah Tidurkan Bayi Anda Tanpa Buaian ☺

 

  Assalamualaikum...

 

  Di bawah ini terdapat beberapa cara yang mudah untuk menidurkan bayi kita tanpa menggunakan buaian..pada ibubapa yang anak mereka susah untuk tidur marilah kita cuba cara-cara di bawah ini...

 

  1 - Tukarkan lampin yang baru dan bersih

  2 - Lap badan dengan tuala basah dan tukarkan dengan baju yang baru dan bersih

  3 - Ambil lotion atau minyak angin urut dengan lembut dibahagian belakang dan bahagian perut si manja anda

  4 - Jika masih tak mahu tidur cuba urutan lembut dibahagian betis serta tapak kaki dengan minyak angin atau lotion

  5 - Urutan pada bahagian badan,perut,betis dan tapak kaki melegakan rasa kurang selesa bayi anda

  6 - Tidurkanlah anak anda dalam keadaan mengereng ke kanan kerana itu adalah tidur yang paling baik untuk bayi dan lebih baik tidak perlu menggunakan buaian dengan kerap untuk menidurkan anak kita

  7 - Tepuklah perlahan2, nyanyikan lagu kegemaran anak atau berselawat hingga baby itu tertidur.

 

  Cubalah, Insya Allah menjadi ☺ ☺ ☺

No comments :

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...