Tingkatkan Kesihatan Anda

Salam semua,

  Petang ni sementara menunggu suami balik dari tempat kerja, nak update sikit tentang peranan suplimen kesihatan dalam kehidupan kita.

(Kredit kepada http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130219/kn_01/Suplemen-dalam-kehidupan © Utusan Melayu (M) Bhd)

Obses terhadap makanan tambahan atau suplemen tanpa mengetahui maksud dan fungsi sebenarnya untuk tubuh badan hanya akan membawa keburukan berbanding kebaikan yang cuba dicari.

Pakar pemakanan dari Hospital Pakar Perdana KPJ, Kelantan, Rose Hanizan Mat Hassan berkata, suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian sebagaimana tanggapan individu selama ini. Katanya, secara umum suplemen merupakan makanan tambahan dalam bentuk minuman atau makanan. Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari.

Ia juga boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair, atau tablet. “Jika dilihat di sekeliling kita, suplemen dijual dengan meluas . Semua orang boleh mendapatkannya sama ada di farmasi, kedai makanan kesihatan, pasar raya, melalui online di Internet dan sebagainya.Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino, zink dan sebagainya.

‘‘Makanan tambahan seperti itu yang kita perlukan dan diambil setiap hari untuk memestikan kulit cantik dan gebu. Cara pengambilan adalah bergantung kepada pengguna. Sama ada melalui minuman atau kapsul," jelas Rose Hanizan. Tambah Rose Hanizan lagi, sekiranya seseorang ingin memilih makanan tambahan untuk diri sendiri, individu tersebut perlu pastikan kenapa dia perlu mengambil makanan tambahan tersebut dan kepentingan suplemen tersebut kepada kesihatannya. “Kita perlu tahu adakah penting suplemen tersebut untuk penyakit yang kita hadapi. Kita perlu ingat makanan tambahan tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia boleh membantu mengekalkan kesihatan. ‘‘Kandungan nutrisi dalam setiap makanan tambahan yang diambil juga penting untuk diketahui dan perlu dipastikan ia mematuhi piawaian Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia 2005. “Pengguna dinasihatkan mendapat khidmat nasihat doktor yang bertauliah atau pakar pemakanan (dietitian) mengenai pengambilan makanan tambahan," katanya.

Kandungan nutrisi daripada makanan tambahan merupakan nutrien surih yang badan perlukan kerana ia bukan makanan utama seharian kita tetapi memainkan peranan penting kepada badan kita. Sekiranya berlebihan ia boleh memudaratkan kesihatan malah boleh membawa kepada penyakit lain. Senaman juga penting Rose Hanizan turut mengingatkan bahawa senaman juga penting untuk mengekalkan tahap kesihatan di samping mengambil suplemen lain seperti asid amino, vitamin C, vitamin E, serta beberapa jenis mineral.

“Antara tip untuk memilih makanan tambahan ialah pastikan keadaan kesihatan betul-betul memerlukan suplemen tersebut. “Di samping jika tubuh benar-benar memerlukan makanan tambahan lebih digalakkan untuk memilih suplemen yang terhasil daripada bahan-bahan organik dan semula jadi yang tiada tambahan bahan kimia selain halal.

“Selagi suplemen tersebut tidak melebihi dos dan mengikut kepada keperluan nutrisi harian kita, ia tidak menjadi masalah. “Sebaliknya jika diambil dalam dos yang berlebihan, kemungkinan menyebabkan keracunan pada tubuh. “ Jadi pastikan mendapat nasihat daripada pakar sebelum mengambil sesuatu makanan tambahan," tegas Rose Hanizan lagi. Beliau juga menasihatkan pengguna yang ingin mengambil makanan tambahan untuk kecantikan agar berhati-hati kerana kesan sampingan tidak nampak dalam masa yang singkat.

Kebarangkalian ia memberi kesan dalam jangka masa yang lama iaitu selepas bertahun - tahun penggunaan tetap ada. Paling penting pastikan suplemen tersebut di luluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. “Jangan terlalu obses dengan sesuatu produk yang kita tidak ketahui kandungan nutrisi produk tersebut. “Dapatkan dari nasihat yang pakar untuk semua produk tersebut terutamanya seperti produk pelangsingan badan," ujarnya.

Macam mana semua? Bagi saya, kesihatan merupakan tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda hanya akan sedar kehadirannya bila anda merasai dan melihatnya. Kehidupan yang sihat merupakan sesuatu yang terindah. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Bukan nak kata produk lain tak baik, tetapi melalui kajian-kajian yang telah dilakukan, nutrisi Shaklee ataupun suplimen Shaklee telah membantu jutaan insan mencipta kehidupan yang lebih sihat selama lebih daripada 55 tahun. Alamilah rasa sihat kembali dengan nutrisi Shaklee.. 

 

Ok bagi yang ragu-ragu tentang semua produk shaklee ni halal ke tak, ni dia...

 

Dah terbukti produk Shaklee sememangnya HALAL. So, tak payah risau ye kawan-kawan semua.. 

 

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

 

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

 

Call / SMS / Whatsapp : 012-6904063

Email : shamiza1983@gmail.com

Add FB saya : Norhamizah Zulkafli untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik LIKE di Fanpage saya : MY LITTLE LISA untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO percuma

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya...

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

No comments :

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...