Kenapa Susah Sekali Turun Berat Badan?

  Bagi setiap wanita, memiliki tubuh langsing ataupun potongan bentuk badan ala-ala ratu kerengga adalah dambaan golongan ini, malah mereka berpendapat perkara ini meningkat lagi keyakinan diri apabila berhadapan dikhalayak umum

  Maka tidak hairanlah jika ada di antara mereka sanggup berbelanja besar dan mencuba pelbagai produk pelangsingan badan untuk merealisasikan hasrat untuk memiliki bentuk tubuh yang menarik dan berat badan ideal. Dek kerana keghairahan mereka itu, juga menimbulkan pelbagai keluhan malah ada sudah berputus asa kerana apa yang diusahakan selama ini tidak membuahkan hasil

  Dari segi psikologinya timbul rasa menyesal, antara luahan yang paling popular adalah berbunyi seperti berikut "Kalaulah aku tahu berat badan aku naik mendadak macam ini, dari dulu aku lagi aku akan kawal permakanan"

  Inilah antara keluhan yang sering didengari oleh mereka yang mengalami penambahan berat badan secara sedar ataupun tidak..

  Sebenarnya punca berat badan naik dan susah turun adalah disebabkan kesilapan diri sendiri yang dilakukan dalam keadaan tidak sedar antaranya seperti berikut :

 

  Pengambilan Air Soda

  Soda memang sinonim dengan minuman yang mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65 kalori. Walaupun begitu, kalori tersebut tidak menjadikan perut anda kenyang. Jadi walaupun anda mengambil soda, keinginan anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada. Jika anda mengambil 2-3 gelas soda sehari, mungkin berat badan anda bertambah hingga 30% dari biasa

 

  Kurang Tidur

  Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit masa anda tidur, semakin banyak masa anda makan

 

  Tidak Bersarapan

  Seseorang yang melambatkan sarapan, berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti. Dengan membiarkan perut kosong pada waktu pagi ia akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan anda makan banyak pada waktu tengahari

 

  Makan Terlalu Cepat

  Kunyang makanan perlahan-lahan. Ini tidak, kalau makan berkenaan terlalu sedap, kita kunyah bukan main cepat lagi, adakala itu tak sempat kunyah sudah telan terus. Jika anda kunyah makanan anda perlahan-lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20minit diperlukan untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang

 

  Kurang Minum Air Putih

  Dalam kajian, seseorang yang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum

 

  Berkawan Dengan Mereka Yang Sama Berat Badan

  Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan orang yang ada obesiti. Itu tidak bermaksud anda tidak boleh berkawan dengan mereka yang berbadan besar. Tetapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi. Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajaklah kawan pergi bersenam dan amalkan pola pemakanan sihat

 

  Makan Ketika Tertekan/Stress

  Ketika stress, ada diantara kita lebih gemar makan makanan manis untuk membantu hilang stres. Jadi ketika keinginan makan makanan manis tu datang ketika stres, alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur. Aktiviti senaman amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda lebih baik

 

  Kurangkan Pengambilan Karbohidrat

  Dengan pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti mi, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebabkan anda ingin makan lagi? Jadi gantikan karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal

 

  Makan Dengan Potongan Yang Besar

  Seseorang yang makan dengan potongan yang besar boleh menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan

 

  Malas Bersenam

  Walaupun anda telah mengurangkan pengambilan makanan , tetapi mungkin tidak dapat mengecilkan bahagian pinggang anda yang berlemak tanpa senaman. Kesimpulannya badan akan lebih cepat berisi apabila anda malas bersenam

 

  Makan Lewat Malam

  Mengikut kajian Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan tengah malam itu menggila, carilah makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang rendah Seperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan ke ataupun roti oatmeal

 

  Shaklee ada perkenalkan program untuk sesiapa je yang nak turunkan berat badan. Tak perlu nak berlapar, tahan diri daripada makan nasi segala..Nasi pun tak payah tinggal, masih boleh diambil tapi kena kurangkan portion la..banyakkan makan sayur dgn buah. Air kena minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari..

  Ada 3 Peringkat Proses, iaitu :

  DETOKS

  Apa itu detoks? Detoks adalah proses membersihkan badan kita dari toksin-toksin yang boleh menghalang dari menyerap vitamin-vitamin yang kita ambil. Maklumlah kita ni makan mcacam-macam setiap hari, jadi usus/perut kita mungkin mengandungi bahan-bahan yang menhalang penyerapan vitamin ke dalam tubuh. Itu pentingnya proses detoks ini. Produk yg boleh digunakan untuk proses detoks adalah Herba-Lax atau Alfalfa.

 

  BAKAR

  Proses seterusnya setelah badan kita dinyahtoksinkan, masanya adalah untuk membakar lemak-lemak berlebihan dalam badan. Terdapat 2 produk yg dicadangkan oleh Shaklee untuk melancarkan proses membakar lemak iaitu Lecithin dan Omega Guard... lagi baik amik kedua-duanya sekali. Kenapa? Lecitin - membasmi lemak yg kita makan waktu itu. Selepas makan sila telan 3 biji lecithin utk memecahkan lemak-lemak di dalam makanan kepada pecahan kecil-kecil. Manakala Omega Guard - membakar lemak yg termendap di dalam tubuh kita. Kira bakar lemak yang dah berkurun dok menempek dalam badan kita. Tidakkah ia satu kombinasi yang bagus untuk mengambil kedua-duanya sekali iaitu Lecithin dan Omega Guard? Apa-apapun terpulang kepada bajet dan pilihan masing-masing

 

  BINA

  Untuk mengelakkan dari badan menjadi menggeleber setelah lemak-lemak berjaya disingkirkan, kini tibalah masanya kita membina otot-otot. Protin merupakan sumber yang sangat penting dari membina otot-otot serta sel-sel badan. Ia adalah sesuatu yg biasa apabila berdiet kita akan kehilangan lemak dan otot pada masa yg sama. Apabila banyak otot yang hilang kita akan hilang keupayaan untuk membakar lemak dikemudian hari dan merendahkan kadar metabolisme... Jadi kita perlu utk membina otot.

 

  @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

 

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

 

Call / SMS / Whatsapp : 012-6904063

Email : shamiza1983@gmail.com

Add FB saya : Norhamizah Zulkafli untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik LIKE di Fanpage saya : MY LITTLE LISA untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO percuma

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya...

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

No comments :

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...