Vivix™ - Khas Untuk Perokok Tegar

Sihat adalah untuk sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

 

  Mengapa saya harus berhenti merokok?

  Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

  ❀ Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga

  ❀ Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir

 

  Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:

  ❀ Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak

  ❀ Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah

  ❀ Mendapat asma

 

  Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

  Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

  ❀Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.

  ❀Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.

  ❀Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok

  ❀Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok

  ❀Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan

  ❀Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.

  ❀Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat

  ❀Meningkatkan deria bau dan rasa

  ❀Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar

  ❀Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok

  ❀Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).

  ❀Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran

  ❀Meningkatkan kesuburan.

  ❀Meningkatkan tahap 'kelakian'

 

  Bagaimana hendak berhenti merokok?

  Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

  ❀Tetapkan tarikh untuk berhenti

  ❀Yakin diri

  ❀Buatkan nota peringatan

  ❀Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"

  ❀Sentiasa berfikiran positif

  ❀Dapatkan sokongan

  ❀Gunakan terapi penganti nikotin

  ❀Amalkan 12M untuk berhenti merokok

 

  Tip Berhenti Merokok 12 M :

 

  1. Melengah-lengahkan. Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.

  2. Menarik nafas panjang. Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan

  3. Minum air. Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein

  4. Menyibukkan diri. Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.

  5. Menjauhkan diri. Daripada orang yang merokok

  6. Mengelakkan diri. Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok

  7. Mengunyah sesuatu. Seperti chewing gum dan buah-buahan. Elakkan yang manis

  8. Membasuh tangan selalu

  9. Mandi dengan kerap

  10. Meregangkan otot. Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk

  11. Meditasi

  12. Memohon doa. Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

 

  Atau anda boleh mencuba berhenti merokok dengan bantuan suplemen Shaklee. Suplemen yang sesuai untuk mengurangkan keinginan merokok adalah suplemen yang mengandungi sumber anti-oksidan yang tinggi. Ini kerana terdapat kajian para ilmuan daripada University of Rochester yang mendapati bahawa anti-oksidan mempunyai potensi untuk memperbaiki kerosakan sel dan melawan radikal bebas akibat kesan nikotin.

 

 Di atas adalah antara suplemen Shaklee yang dicadangkan untuk membantu anda berhenti merokok. Kesemua suplemen ini mengandungi sumber anti-oksidan yang sangat tinggi, bagus, berkualiti dan dari sumber semulajadi. Anda boleh juga mengambil DTX Complex terlebih dahulu untuk melakukan proses detoksifikasi.

 Jom tengok testimoni VIVIX untuk perokok tegar ini:

 Testimoni 1

 

 Testimoni 2

 

 Testimoni 3

 

 

Ramuan yang terdapat di dalam Vivix adalah 10 kali ganda lebih hebat dari resveratrol.

  ㋛ Antioksidan yang tinggi dapat memperbaikisel-sel tubuh yang rosak akibat asap rokok

  ㋛ Diet antioksidan yang betul mampu mengurangkan pengaruh merokok disamping mengurangkan ketagihan nikotin

  ㋛ Antioksidan dapat membantu menstabilkan radikal bebas yang tidak stabil akibat nikotin

  ㋛ Antioksidan membantu melindungi dan memperbaiki semula DNA yang telah terjejas akibat nikotin

  Jadi tidak mustahil Vivix dapat membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Pengambilan supplemen boleh membantu perokok tegar di luar sana untuk menghentikan tabiat merokok yang secara terang-terangan mampu membahayakan kesihatan.

 

  @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

 

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

 

Call / SMS / Whatsapp : 012-6904063

Email : shamiza1983@gmail.com

Add FB saya : Norhamizah Zulkafli untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik LIKE di Fanpage saya : MY LITTLE LISA untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO percuma

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya...

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

No comments :

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...