Suplemen Untuk CYST

 

  Pernahkah anda mengalami gejala seperti;

  • Sakit perut

• Muntah & loya

• Rasa perut penuh dan tak selesa

• Rasa berat pada ari-ari

• Sukar atau kerap kencing

• Sakit semasa hubungan seks

 

  *** Petanda atau gejala di atas adalah kesan yang mungkin dialami oleh pesakit cyst. Namun pada dasarnya, cyst ini tidak memberikan sebarang gejala atau petanda awal yang boleh menentukan samada kita mengidap cyst. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut.

  Setiap wanita berisiko untuk mendapat cyst, kebanyakannya mungkin akan mendapat sekurang-kurangnya satu cyst di sepanjang hidupnya. Namun begitu, kebanyakkan cyst tersebut adalah biasa dan tidak complicated dan akan hilang dengan sendirinya. Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

 

  APA ITU CYST?

  Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur dan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

 

  JENIS-JENIS CYST

  Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

  1.Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

  2.Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

  3.Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

  4.Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.

  5.Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.

  6.Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

 

  DIAGNOSA & RAWATAN

  Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

  ***Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan

  Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.

 

  Di Shaklee, kami ada vitamin A iaitu Carotamax, Vitamin C dan Vitamin E yang mana kesemua vitamin ini adalah merupakan antioksidan yang sangat berkesan.

 

  Carotamax

  Vitamin A terkenal sebagai antioksidan hebat yang mampu berperang melawan kanser yang disebabkan oleh radikal bebas di dalam tubuh.Vitamin ini tersedia pada sumber makanan dalam bentuk retinol dan pada sumber makanan nabati dalam bentuk beta-karoten. Sebagai antioksidan, beta-karoten lebih memainkan peranan. Ia merupakan agen yang sangat efektif dalam menstimulasi sistem kekebalan untuk melindungi tubuh. Carotamax adalah vitamin A shaklee dalam bentuk Beta-Carotena dan hanya akan ditukar menjadi vitamin A bila diperlukan sahaja. Ia terdiri daripada ENAM jenis karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia dan kita sebagai manusia tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

 

  Vitamin C

  Vitamin C Shaklee ialah bersifat Sustained Release 500mg yang mana pelepasan perlahan-lahan iaitu 100mg setiap jam. Ia juga mengandungi Bio-flavonoid C complex yang membantu meningkatkan penyerapan Vitamin C dan menghalang daripada dirosakkan oleh pengoksidaan dalam badan. Fungsi vitamin C adalah sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas didalam badan kita. Vitamin C juga meningkatkan daya ketahanan dalam tubuh kita serta mempercepatkan proses pemyembuhan sekali gus meningkatkan jaringan kult menjadikan kult awet muda. Vitamin C dgn fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yang boleh menimbulkan gangguan kulit. Proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat,cantik,bersih,bersinar dan cerah.

 

  Vitamin E

  Vitamin E adalah antioksidan larut lemak dan merupakan salah satu pertahanan tubuh terhadap radikal bebas. Peran utamanya adalah menghantikan reaksi rantai radikal bebas yang memproduksi lebih banyak radikal bebas. Vitamin E melindungi sel-sel dan membran dari kerusakan. Vitamin E tidak hanya melindungi sebagai antioksidan yang asam lemak jenuh ganda, namun juga melindungi senyawa larut lemak lain (seperti vitamin A). Vitamin E mengurangi risiko penyakit jantung dengan melindungi LDL dan mengurangi inflamasi. Vitamin E Complex Shaklee mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

 

  Selain daripada Vitamin ACE ni, dicadangkan juga ambil GLA Complex sebagai pilihan utama. GLA Complex ini untuk menstabilkan hormon di dalam badan. Tumbuhan cyst dan fibroid dirangsang oleh hormon estrogen. Kandungan hormon estrogen yang berlebihan menggalakkan pertumbuhan. Biasanya ada perimbangan antara 2 jenis hormon dalam tubuh wanita. Estrogen sentiasa dikeluarkan oleh kilang ovary, manakala progesteron dikeluarkan jika berlaku ovulation atau penetasan telur yg berlaku pada hari 13-14-15-16 dalam pusingan haid.

 

  Jika tiada ovulation, maka kandungan progesterone tidak meningkat dan ini menggalakkan tindakan estrogen tanpa kaunter tindakan progesterone. Kesannya banyak yang tak baik , berbagai jenis tumbuhan dirahim dan dalam payaudara akan berlaku, dan diantaranya fibroid dan kanser dan vitamin Shaklee ini dicadangkan dalam membantu menstabilkan hormon dalam badan anda sekali gus mencegah cyst, fibroid & kanser.

 

  @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

 

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

 

Call / SMS / Whatsapp : 012-6904063

Email : shamiza1983@gmail.com

Add FB saya : Norhamizah Zulkafli untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik LIKE di Fanpage saya : MY LITTLE LISA untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO percuma

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya...

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

No comments :

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...